BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 25, 2011

Usaha Tangga Kejayaan~~!





Kenapa usaha tangga kejayaan?? tak boleh berjaya ka tanpa usaha? & kenapa tangga?? kenapa tak lif @ ekskelator ja?? Jeng3...

Cakap pasal usaha, ada antara 1 benda yg aku usahakan bertahun-tahun sampai la sekarang untuk capai cita2 aku. Ni salah 1 r, iaitu nak jadi mcm ni >>


Korang mesti kenal kan dia. Femes kot. ni r Dwayne Johnson tak dulu femes dengan panggilan The Rock sebab asalnya dia ni WWF wrestler. (WWF ni bukan World Wide Fund For Nature yg ada gambar panda tu taw).Apa yg aku nak bukan nak femes atau kaya macam dia, cuma aku inginkan bentuk badan macam dia. Sapa tak nak dowh~. Solid kot. Aku bukan gay taw, tapi aku cuma nak bentuk badan yg sihat macam dia ja.

Jadi sampai sekarang la aku masih beruasaha untuk memiliki badan yg macam tu. Pa pon aku tetap bersyukur dengan rupa aku sekarang kalau nak dibandingkan zaman 'TONG' aku.
Dulu aku ni gemok. Banyak orang mengata kat aku. Besa r, zaman budak2 ni keja nak ejek orang ja & aku la mangsa diorang sebab aku gmok. Huhu. Bila ingat2 balik macam aku nak wat macam ni ja kat makhluk2 yg pernah ejek aku tu.


Amek ko. Memang puas hati aku kalau boleh wat macam ni.


Tapi alhamdullilah la aku dapat berubah dan sekarang aku cuma nak jadikan badan aku lebih baik ja. Cik Comey banyak kali cakap yg rupa aku sekarang ok ja. Tapi aku bukan pa, cuma nak capai cita2 aku ni ja. Lagi pun tak rugi kan. Thanks kat Cik Comey sebab dia sudi terima macam na pon diri aku ni. Untung aku.

Realitinya kejayaan tu memang takkan datang tanpa usaha. Kalau nak kaya tapi setakat dok mengemis ja memang sampai mati takkan kaya. Sesungguhnya kejayaan hanya datang dengan usaha & keberkatan Allah. Allah la pemberi segala nikmat & rahmat. Jadi ingat la, bila kita dah capai kejayaan, jangan lupa bersyukur. Nanti sekelip mata ja kejayaan kita tu boleh ditarik-Nya.

Monday, January 24, 2011

Dam Ular~!

Pkiaq balik!!! Ni la 1st time aku tulis blog.. Selama tengok orang men n tengok blog orang ja. Skarang saja r nak menceburi bidang ni. Wat p r kan. Bukan aku rugi pon. Boleh gak isi masa yang lapang.

Saja nak cerita, tadi 9.++ p.m( tak ingat sangat pukul berapa), aku dan kekawan baru balik dari cafe. Kami pon melepak la di meja yang ada kat tengah2 blok ni ha. Dah tak taw nak wat pa FAEZ pon ajak men dam ular yang dia beli kat pasar malam mna ntah. Aku dah lupa. Yg aku taw harga singgit.


Ada sejarah dam ular tu, FAEZ yg merupakan tuan punya menan tu tak penah menang bila men. haha.. Sambung balik cita. Si FAEZ ni pon amek r dam ular tu dalam bilik aku. Yg men aku, FAEZ n FAHMI. Permulaan memang aku dah lead r, tapi oleh kerana ular2 dalam dam tu jeles kat aku, aku selalu kena makan dengan ular 2 n jatuh bawah ja.. Sumpah TENSEN!! Dah la men jerit n gelak kuat, kalau cik daud(warden1) dengan dariah(warden2) sound tak pasal ja. Tapi kami tetap layan ja. Asal aku dah nak sampai kotak last mesti kena telan dengan ular. Mana tak tensen. Dengan nasib yg baik( saja tak nak ngaku kemenangan), FAHMI 1st yg menang. Tak pa la, aku redha(ceyt!~~). Tinggal la aku dengan FAEZ ja. Punya la malang nasib aku lepas tu n akhirnya si FAEZ menang gak. Aku gak r yg kalah. Siot! (dah tak redha). Punya la bising kami men. Tapi pa pon aku terima jela. Bila g kan nak diorang menang(tak nak ngaku kalah gak). Muahahaha...

Realitinya, dalam dam ular walau korang dh lead jauh pon, korang belum tentu dapat menang sebab tak semestinya korang akan selamat dari ular2 yg durjana yg akan telan korang n turun ke bawah. Macam kata orang la, hidup macam roda, kadang2 dok atas, kadang2 dok bawah. Macam tu gak men dam ular. Oleh itu, igt2 la ya, jangan la bongkak bila kita berjaya. Allah boleh tarik balik segala rezeki yg kita ada sekelip mata ja. Jadi ingat2 la Allah selalu dan bersyukur dengan pa yg kita dah ada.