BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 25, 2011

Usaha Tangga Kejayaan~~!





Kenapa usaha tangga kejayaan?? tak boleh berjaya ka tanpa usaha? & kenapa tangga?? kenapa tak lif @ ekskelator ja?? Jeng3...

Cakap pasal usaha, ada antara 1 benda yg aku usahakan bertahun-tahun sampai la sekarang untuk capai cita2 aku. Ni salah 1 r, iaitu nak jadi mcm ni >>


Korang mesti kenal kan dia. Femes kot. ni r Dwayne Johnson tak dulu femes dengan panggilan The Rock sebab asalnya dia ni WWF wrestler. (WWF ni bukan World Wide Fund For Nature yg ada gambar panda tu taw).Apa yg aku nak bukan nak femes atau kaya macam dia, cuma aku inginkan bentuk badan macam dia. Sapa tak nak dowh~. Solid kot. Aku bukan gay taw, tapi aku cuma nak bentuk badan yg sihat macam dia ja.

Jadi sampai sekarang la aku masih beruasaha untuk memiliki badan yg macam tu. Pa pon aku tetap bersyukur dengan rupa aku sekarang kalau nak dibandingkan zaman 'TONG' aku.
Dulu aku ni gemok. Banyak orang mengata kat aku. Besa r, zaman budak2 ni keja nak ejek orang ja & aku la mangsa diorang sebab aku gmok. Huhu. Bila ingat2 balik macam aku nak wat macam ni ja kat makhluk2 yg pernah ejek aku tu.


Amek ko. Memang puas hati aku kalau boleh wat macam ni.


Tapi alhamdullilah la aku dapat berubah dan sekarang aku cuma nak jadikan badan aku lebih baik ja. Cik Comey banyak kali cakap yg rupa aku sekarang ok ja. Tapi aku bukan pa, cuma nak capai cita2 aku ni ja. Lagi pun tak rugi kan. Thanks kat Cik Comey sebab dia sudi terima macam na pon diri aku ni. Untung aku.

Realitinya kejayaan tu memang takkan datang tanpa usaha. Kalau nak kaya tapi setakat dok mengemis ja memang sampai mati takkan kaya. Sesungguhnya kejayaan hanya datang dengan usaha & keberkatan Allah. Allah la pemberi segala nikmat & rahmat. Jadi ingat la, bila kita dah capai kejayaan, jangan lupa bersyukur. Nanti sekelip mata ja kejayaan kita tu boleh ditarik-Nya.

0 comments: